Monday, March 11, 2013

Contoh Surat akuan sumpah

Susulan dari banyak komen yang bertany bagaimana untuk membuat surat sumpah, disini saya sediakan satu contoh surat sumpah untuk permohonan kehilangan sijil PMR/SPM.

Surat tersebut boleh dimuat turun disni: Download

Berikut adalah panduan untuk mengisi surat akuan sumpah:

Jika ada maklumat yang terlupa seperti nombor pusat bolehlah merujuk kepada pihak sekolah.

Kemukakan surat Akuan / Sumpah dan dokumen berkaitan yang lengkap diisi dengan maklumat yang perlu diakui kepada Majistret di Pejabat Daerah (atau Pejabat Residen sekira berlakunya ketidakhadiran Majistret di Pejabat Daerah).
- Kemukakan Kad Pengenalan.
- Letakkan setem hasil bernilai RM10.00 pada salinan asal Surat Akuan / Sumpah
-(kecuali Surat Akuan / Sumpah di bawah urusan rasmi kerajaan).

13 comments:

Anonymous said...

ni perlu d tandatangan oleh pesuruhjaya sumpah ka???

aziz ahmad said...

yup

eNduRaNce HeaRt said...

nak tanya..kat bahagian mana yea nk lekatkan setem hasil tu?
Wang Pos atau kiriman Wang Pos bernilai RM10.00 (Ringgit: Sepuluh sahaja) atas nama Pengarah Peperiksaan perlu ke tidak? ataupun dua2 nie d perlukan?

aziz ahmad said...

@eNduRaNce HeaRt -

1. kat bahagian mana yea nk lekatkan setem hasil tu?
Setem Hasil -  dilekatkan pada bahagian atas kanan.

Jika confuse/takut salah buat, xperlu lekat, bawa sahaja ke pejabat majestret dan mereka akan lekat dan matikan setem hasil tu. Pengalaman saya hanya buat di pejabat tanah sahaja. Bayar RM10 dan diorang tolong buat semuanya.


2. Wang Pos atau kiriman Wang Pos bernilai RM10.00 (Ringgit: Sepuluh sahaja) atas nama Pengarah Peperiksaan perlu ke tidak?
PERLU - Wang pos bukan ganti kepada setem hasil, setem hasil adalah wajib untuk surat akuan sumpah. Dalam kes saudara, saudara perlu membayar RM10 atas nama pengarah kerana ianya bayaran proses membuat salinan sijil peperiksaan.



3. ataupun dua2 nie d perlukan?

Ya, kedua-duanya diperlukan.
p/s:

1. Kiriman wang dalam bentuk wang  pos adalah selamat kerana mengirim RM10 tunai mungkin boleh hilang sblm sampai ke majlis peperiksaan.



2. Kalau nak senang, ada kawan2 atau sedara mara kat putrajaya/kajang/bangi, email/whatsup gambar IC kat diorang, suruh diorang print dan pegi majlis peperiksaan. 5 minit siap, saya sendiri pernah buat.

Qai R said...
This comment has been removed by the author.
Qai R said...

Surat sumpah ni saya y kena buat, atau wakil y u saya nak suruh tu y kena buat? Saya d sabah. N wakil sy ada dkt KL.

aziz ahmad said...

Saudara Qai R yang kene buat bukan wakil.

kalau untuk kes sijil peperiksaan yang hilang, jika hantar wakil xperlu surat sumpah, salinan IC sahaja sudah mencukupi.

Kimberly said...

bagaimana diakui oleh Majistret di Pejabat Daerah? tandatangan calon sendiri perlukah? jika perly, tandatangan di bawah surat akuan sumpah??

Kimberly said...

Salam. saya ada masalah apabila mengisi borang LP/SIJIL/Pin 1/06, iaitu saya x ada no kad pengenalan lama, oleh itu x perlu isi k? soalan kedua: apa itu keputusan pangkat/ Gred yang dimasudkan? perlu isi apa??

aziz ahmad said...

1. Boleh diakui majestret pejabat daerah.
2. Tidak perlu tandatangan calon.
3. Xperlu kad pengenalan lama.
4. keptusan pangkat/gred hnay diisi oleh calon bagi sistem peperiksaan spm tahun 2000 dan kebawah sahaja. Calon tahun 2001 hingga sekarang xperlu isi.

Maklumat tambahan:
Yang palin penting adalah no kad pengenalan, nama dan alamat sahaja, yang lain kalau lupa bukan wajib diisi.

aziz ahmad said...

maklumat tambahan @kimberly,
Masa bawaa surat sumpah bawa sekali salinan IC untuk ditandatangan oleh majestret dan anda. Boleh tandatangan di mana2 sahaja pada salinan tersebut. Ia bukan wajib tapi disarankan dan amat digalakkan.

Eva Niesha said...

salam , kalau pakai pos surat sumpah @ laporan polis kene buat ke ? @ mana antara satu je ?

aziz ahmad said...

@Eva Neisha :
Salah satu sahaja,

Nota Tmabahan:
untuk lebih senang, boleh telefon pihak Lemabaga peperiksaan : 0388843526 / 0388843528 kerana mengikut pengalaman saya, pada bulan 3 tahun ini saya ada minta kawan untuk tlg ambilkan sijil spm. Apabila saya call lembaga peperiksaan pihak mereka kata xperlu surat sumpah akalau hntar wakil, cuma perlu salinan ic sahaja dan terus dapat dalam masa 10 minit. Surat akuan sumpah pada asasnya diperlukan jika memohon sijil melalui wakil ataupun pos. Jadi dengan menelefon pihak lembaga peperiksaan mungkin mereka akan memberi keringanan iaitu dapat memohon melalui pos tanpa surat sumpah atau laporan polis.

Post a Comment