Wednesday, October 19, 2011

Kehilangan Sijil PMR dan SPM


Jika kehilangan Sijil SPM dan PMR, Berikut adalah cara untuk memohon semula sijil tersebut:

NOTE:
Salinan keputusan SPM / MCE dikeluarkan bagi menggantikan sijil yang hilang atau rosak.
Bagi peperiksaan PMR/SRP/LCE hanya salinan pernyataan keputusan sahaja yang boleh dipohon.


MELALUI POS
Anda perlu Sertakan perkara berikut:

1.Surat sumpah atau laporan polis yang mengandungi maklumat berikut:
  • Nama penuh yang digunakan semasa mengambil peperiksaan
  • Nombor kad pengenalan lama dan baru
  • Tarikh lahir
  • Nombor pusat mengambil peperiksaan dan angka gilliran
  • Nama peperiksaan
  • Nama sekolah dan tahun mengambil peperiksaan.
2. Salinan pernyataan atau sijil (sekiranya ada).
3. Borang permohonan : Borang
4. Bayaran proses RM10.00  bagi setiap helaian salinan keputusan yang dipohon.  Bayaran tersebut perlu dalam bentuk:
  • Wang Pos (Postal Order); atau (boleh didapati di kaunter pejabat pos)
  • Kiriman Wang Pos (Money Order) 
bayaran dibuat atas nama ‘PENGARAH PEPERIKSAAN'.

Hantar ke alamat berikut:

Pengarah Peperiksaan,
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Blok E 11, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya.

(proses biasanya akan mengambil masa 4 minggu dari tarikh permohonan)

SECARA TERUS DARI KAUNTER LEMBAGA PEPERIKSAAN
Anda boleh mendapatkannya terus dari kaunter Lembaga peperiksaan di lobi Blok E11, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya. 

Anda perlu:
1. Membawa Kad pengenalan
2. Mengisi Borang yang disediakan dan harus ingat maklumat berikut:
  • Tahun peperiksaan
  • Nama sekolah
  • Angka Giliran (tidak wajib)

3. Bayaran Tunai RM10.00 untuk satu permohonan. (jika SPM dan PMR = RM20.00)
4. Anda akan diberikan resit/maklumat dan proses akan mengambil masa 4 minggu dari tarikh yang dipohon

MELALUI WAKIL KE KAUNTER LEMBAGA PEPERIKSAAN 
Jika anda menghantar wakil (saudara/rakan dsb) ke kaunter Lembaga peperiksaan di lobi Blok E11, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya;

anda perlu:

1.Surat sumpah atau laporan polis yang mengandungi maklumat berikut:
  • Nama penuh yang digunakan semasa mengambil peperiksaan
  • Nombor kad pengenalan lama dan baru
  • Tarikh lahir
  • Nombor pusat mengambil peperiksaan dan angka gilliran
  • Nama peperiksaan
  • Nama sekolah dan tahun mengambil peperiksaan.

2. Mengisi Borang yang disediakan dan harus ingat maklumat berikut:

  • Tahun peperiksaan
  • Nama sekolah
  • Angka Giliran (tidak wajib)
3. Bayaran Tunai RM10.00 untuk satu permohonan. (jika SPM dan PMR = RM20.00)

4. Anda akan diberikan resit/maklumat dan proses akan mengambil masa 4 minggu dari tarikh yang dipohon.
(Untuk memudahkan anda bawa sekali salinan Kad pengenalan pemohon)


RUJUKAN

Peta Lokasi : Google Maps
Laman web rasmi Lembaga peperiksaan: http://www.moe.gov.my/lp/index.php/salinan-keputusan

No telefon/Bantuan: 0388843526 / 0388843528

Waktu Operasi Kaunter:

63 comments:

Linokz said...

Thank bro.. info yg betul2 menbantu saya..

Black-x said...

sama =)

Anonymous said...

tQ.....

Black-x said...

welcome

alin said...

jika kehilangan sjil spm dan pmr perlu ka amik dua2 sjil ujian lisan..

Black said...

ujian lisan bergantung kepada keperluan seperti permohonan ke institusi yang memerlukan sijil tersebut. Biasanya untuk sijil ujian lisan boleh terus berurusan dengan pihak sekolah

Rahmad Ismail said...

salam bro..mcm ni..kawan saya pernah tanya pd sy dulu, sijil SPM dia tak ambil2 lg kt sekolah dan sekarang dan lebih 5 tahun dia tak ambil sijil tu..so, kalau nk dapatkan sijil tu, boleh guna cara ni ke? tetapi surat sumpah mcm ne plak sbb ini tidak berkaitan dgn hilang atau rosak..

Black said...

Oleh kerana belum dituntut, saudara perlu telefon 0388843526 / 0388843528 (lembaga peperiksaan)untuk mebegtahui samada salinan asal masih ada atau tidak. Selepas semakan trsebut samada ada atau tiada pihak lpm akn mmbntu saudara utk mndapatkn samada salinan ataupn sjil yg asal

Eylaa Lalla :) said...

Kalau sijil spm hilang memang terus pergi putrajaya ke?

Black said...

haah, tapi kalau jauh dengan pos pun boleh, isi jea borang yang sy dah attach kat post diatas beserta dokumen berkaitan.

Anonymous said...

thanks bro ...

Black said...

welcome.

Anonymous said...

klau dengan pos kna wat surat sumpah ke? or isi borang jer then pos kt dieorg?

Black said...

kena ada 3perkara, wang pos rm10, surat sumaph dan borang, pastu pos je trus

Anonymous said...

camne plak dgn MUET? Sama jgk ke prosedur die?

Black said...

untuk muet boleh baca kat sini:
http://lepak-pc.blogspot.com/2010/11/kehilangan-slip-keputusan-muet.html

MohdFazrile nril said...

bro..boleh tolong tunjuk format nak buat surat sumpah kalau sijil spm hilang?dengan 1 lagi..saya ada dengar kalau hilang sijil spm..kena ada slip spm baru boleh apply balik sijil spm..tapi masalanya slip spm saya pun dah hilang..yang ada cuma salina original spm ja...adakah boleh guna juga salinan itu?

Black said...

xperlu salinan slip , saya pun xpasti jika kes macam tu pernah belaku, saya dah telefon pihak berkenaan dan mereka tidak meminta salinan slip.
untuk surat sumpah lebih kurang yang ni:
http://www.mpsp.gov.my/brgonline/kew/107%20D7.pdf
cuma ubah ayat dia sikit (taip kembali).

syahirexy cyrax said...

bro, proses ambil masa 4 minggu ke? saya cek kat borang permohonan, dier bagitau "Salinan sijil SPM tahun 1994 dan selepas manakala PMR tahun 1998 dan selepas akan dikeluarkan dalam masa 1 jam bagi permohonan di kaunter LP"

Black said...

Dari apa yang saya pernah baca, bertanya dan diberitahu oleh rakan-rakan lain, proses di kaunter memang mengambil masa yang singkat berbanding pos. Pos biasanya ambil masa 2 minggu atau lebih, itu bergantung kepada kawasan dan proses-proses untuk pos salinan tersebut. Cepat diorang pos, cepatlah sampai lebih kurang mcm tu lah.
lagi satu, rekod-rekod yang lama sperti tahun 1990 mungkin ada dan mungkin tiada dalam rekod, proses untuk buat semakan tersebut juga akan mengambil masa yg mmbuatkan proses mndapatkan salinan menjadi lambat.

Anonymous said...

saye nyer slip pmr baru dpt seminggu da hilang -.- , da boleh pegi amik ke ?

Black said...

boleh=)

Anonymous said...

macam mana plak kalau sijil hilang tapi nak tuntut macam na kalo Nombor pusat mengambil peperiksaan dan angka gilliran dah x ingat?

Black said...

Itu tiada masalah, saudara boleh dapatkan sijil samada pmr atau spm melalui pos atau terus ke kaunter.

Melalui pos sama sahaja prosedur seperti diatas suma perlu ingat dan isi nama sekolah dan tahun ambil peperiksaandan. kepilkan borang yang disediakan bersama salinan IC dan surat sumpah. Pada ruang seperti angka giliran (bahagian yang lupa) kosongkan sahaja.

Saudara juga boleh ke kaunter seperti alamat diatas dengan membawa salianan IC sahaja. Kemudian mengisi borang yang telah disediakan disana.

Jika melalui pos mungkin mnagmbil masa yang agak lama berbanding ke kaunter.

Az-zahra said...

macam mana nak buat surat akuan sumpah?

Black said...

Untuk suruat akuan sumpah boleh terus berurusan terus dengan pihak polis, atau bolehh merujuk kepada contoh surat ni:
www.mpsp.gov.my/.../kew/107%20D7.pdf
ubah sedikit mengikut perkara yang telah disebut dialam post diatas

Fzda said...

salam. macamana saya nak tahu sijil saya dah siap ke tak? pihak kementerian akan hantar ke rumah atau ke alamat sekolah?

Black said...

Samada siap atau belum saudari perlu menelefon No telefon/Bantuan: 0388843526 / 0388843528, sijil akan dihantar ke rumah (jika alamat surat menyurat yang diisi adalah alamat rumah)

atiqah hanani said...

na tanye.... kalaw anta wakil, tapi tak dek surat akuan sumpah bole ke x ???

Black said...

saya pernah menelefon pihak lembaga peperiksaan, mereka kata yang paling penting adalah salinan kad pengenalan, angka giliran, tahun ambil dan nama sekolah jika mentghantar wakil. Tetapi saya cadangkan lebih baik sediakan surat sumpah terlebih dahulu.

zaty ezaty said...

saya khilangan sijil spm,saya perlukan segera,ad tak cara yang paling cepat.....??mcm mne nak buat surat akaun sumpah???

Black said...

untuk surat akuan suumpah boleh rujuk disini:
Pautan contoh surat akuan sumpah

Patrick Star said...

mesti ker 4 minggu proses dier???saya ada emergency kes ni...saya punya pemohonan ke luar negara perlu slip spm saya....x blh cepat lagi ker??x der cara lain ker???

Black said...

untuk emergency case, saya sarankan berhubung terus dengan lembaga peperiksaan di nombor : 0388843526 / 0388843528.

syamil jidin said...

salam sy nak tye.. sijil spm dan pmr sy hilang, dan no.pusat serta angka giliran sy juga terlupa mcm mna na isi dalam borang n surat akuan sumpah tu klau no. angka giliran sy terlupa...

aziz ahmad said...

salam syamil,
untuk kes saudara saya cadangkan menelefon pihak lembaga peperiksaan (0388843526 / 0388843528.) dan mohon mendapatkan angka giliran dan no pusat kerana surat akuan sumpah merupakan keperluan permohonan melalui pos.
Ataupun bertanya samada boleh membuat surat akuan sumpah dengan menggunakan no kad pengenalan sahaja. Sepanjang saya berurusan dengan operator, tidak susah untuk mohin budi bicara mereka mengecualikan beberapa perkara seperti kes saudara.

syamil jidin said...

tkasih sgt2..

bilahatimulaberbicara said...

membantu sangat sangattt. terima kasih encik black! Terima kasih sangat sangat!!!!

nisa khalir said...

sya nk tya mcm mana dan dkt mana saya bleh bt sijil stpm untuk bt surat akuan sumpah adakah betul sya perlu bt di suruhan jaya sumpah.?

aziz ahmad said...

Saudari hanya perlu ke pejabat daerah yang terdekat sahaja. Bawa kad pengenalan dan stem hasil rm10.

sabirah jelani said...

salam.. kalau melalui pos, kena ada borang permohonan... borang permohonan boleh dpat kt mna?

aziz ahmad said...

http://www.moe.gov.my/lp/files/borang/arkib/BorangPermohonanSalinanKeputusan.pdf

~N@B~ 95 said...

Saya kehilangan slip spm saya perlu ke sekolah dulu ke atau terus ke lembaga peperiksaan.? Kalau direct pergi lembaga nak bawa surat sumpah ke?

aziz ahmad said...

tidak perlu ke sekolah dan terus ke lembaga peperiksaan, tidak perlu bawa surat akuan sumpah.

Mastura said...

Salam,sy nk intrview kerja kerajaan tp sjil spm asal hlang..cume ad salinan sjil spm sahaja..salinan sjil bleh gne ke utk intrview??

aziz ahmad said...

Berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya, saudara perlu membawa sijil asal. Seperti interview guru dan polis, kene bawa original dokumen utk sijil2 tertentu termasuklah sijil spm.

Anonymous said...

kalau sijil x ambek kat sekolah selama lebih dr 3 tahun,sekolah simpan lg ke tak,?

aziz ahmad said...

terpulang kepada pihak sekolah samada masih disimpan atau tidak. ada sesetengah sekolah masih menyimpan dan ada yang tidak menyimpan dalam tempoh tertentu sbl, dilupuskan. Biasanya kalau 3 tahun masih ada dalam simpanan pihak sekolah.

Anonymous said...

salam, sy x ambil sijil spm di sekolah kerana sekolah sy jauh dr tmpat tggal.. bleh x sy apply salinan kt lpm walupn skolah sy masih simpan sijil asal spm...

aziz ahmad said...

boleh

Anonymous said...

Kalau org lain ambilkan dpt ms tu juga atau 2 mggu

aziz ahmad said...

dapat pada masa tu juga

Anonymous said...

kalo lupa agka giliran plak amacm???? no.pusat tu sma tiap tahun ka??? xkan pena brubah ka??

aziz ahmad said...

1. lupa angka giliran xpa, no ic tu penting
2. No pusat sama setiap tahun & xpnah brubah

anati ajeerah said...

Salam...sijil BI yg IGCSE tu hilang..bole mintak salinan yg baru jgk ke?

aziz ahmad said...

Saya xpasti tentang sijil tu, saudara boleh cuba hubungi pihak sekolah saudara untuk pertanyaan tersebut

shukri ali said...

Nk tanya masa spm 2002 mmg ada ujian lisan x?sbb pihak sekolah bg sijil spm,pafa dan sijil berhenti sekolah je...sijil ujian lisan bm dn b.i x de...lg pn sy x dh x ingat ada ambil ujian lisan atau x masa tu...

aziz ahmad said...

Saya juga SPM 2002 dan xsilap saya memang tiada sijil Ujian Lisan (samada Ujian wujud atau tidak ujian lisan, rasanya sijil tidak dikeluarkan). Kalau sesuatu permohonan menyatakan perlu tunjuk kepujian Lisan SPM Bahasa Melayu/B inggeris, saudara hanya perlu tunjuk sijil SPM sahaja. Contohnya sekarang ni berjalan proses temuduga Guru, Calon lepasan SPM 2002 tidak perlu bawa sijil Ujian lisan walaupun diminta dalam borang sebaliknya hanya perlu bawa sijil SPM sahaja.
Beguitu juga dengan permohonan Universiti (pengalaman saya UM, UiTM dan UKM) tidak minta sijil ujian lisan.
Jikalau saudara perlukan pengesahan saudara boleh hubungi Talian ini:
Lembaga Pepepriksaan: 03 - 8000 8000

Anonymous said...

saya pernah mohon salinan pmr guna pos...just post boring dengan wang pos je..takde I/c ngn surat sumpah..ok je...dpt jg

aziz ahmad said...

@AnonymouS ( March 16, 2014 at 6:42 AM)
Terima kasih atas maklumat tersebut.

MM said...

salam. saya hilang sijil spm 2008. boleh listkan apa yg saya perlu sediakan kalau hantar wakil tlg urus di PJ? saya perlu sijil tu secepat mungkin utk isi borg posting. berapa lama masa yg dia ambil kalau hantar wakil?

aziz ahmad said...

@MM, poskan salinan IC saudara dengan wang RM10 sahaja. Kalau masih ingat no angka giliran sertakan sekali(catit sahaja pada kertas kosong)

aziz ahmad said...

Lagi satu kalau hantar wakil sijil akan diberi terus. Kalau tak ramai orang dekat kaunter mungkin ambil masa 15 minit shj.

Post a Comment