Thursday, October 6, 2011

Jenis-jenis Operating system



OS= Operating system

Cuba senaraikan jenis-jenis operating system?

windows, linux, mac....

Sebenarnya operating sistem dikategorikan kepada:

1. REAL TIME
OS ini biasanya digunakan untuk scientific devices (alatan saintifik). Kalau nak diterangkan dengan lanjut agak rumit tetapi secara mudahnya ia adalah OS dicipta untuk menjalankan tugas dengan cepat serta efisyen dari segi aspek masa.

Contoh:

LynxOS
OSE
QNX
RTLinux
VxWorks
Windows CE


SINGLE USER.
Dengan mengambil contoh kepada kopmputer anda, anda mungkin ada satu USER atau lebih. Tetapi apabila anda menggunakan komputer, anda hanya boleh log in dengan satu akaun sahaja. contohnya anda mempunyai windows Xp, didalamnya terdapat 2 akaun iaitu akaun anda dan adik anda, bolehkah adik anda dan anda log in (log msuk) serentak? sudah tentu tidak. oleh itu OS sebegini dikategorikan sebagai SINGLE USER.

2. MULTI USER.
Berbeza dengan SINGLE USER, Multi user membenarkan beberapa orang menjalankan tugas dengan serentak, berbanding sigle user hanya satu user sahaja boleh menggunakannya.

3. SINGLE TASKING
Apabila anda hanya boleh menjalankan satu tugasan sahaja dalam satu masa, ia dikategorikan sebagai single tasking. contohnya apabila menaip mesej didlam telefon bimbit anda hanya boleh menaip mesej sahaja dan tidak boleh membuat tugasan lain seperti melayari internet dan sebagainya. (masa berubah dan tak mustahil suatu hari nanti telefon bimbit boleh menjalankan ratusan task (tugas) serentak!)

4. MULTI TASKING
Sistem ini pula membolehkan anda menjalankan beberapa tugas dengan serentak, conotohnya membuka videoklip, menaip dan muat turun file.

5. DISTRIBUTED
Sistem ini menguruskan banyak komputer dengan serentak. Pembangunan jaringan komputer (network) membolehkan komputer ini berkomunikasi antara satu sama lain.

EMBEDED.
Sistem ini dicipta untuk device seperti PDAs yang mana menjalankan tugas-tugas tertentu. Anda mempunyai kurang autonomi dan boleh menjalankan tugas dengan sumber yang terbatas.

macam mana dengan windows, linux etc??
Mungkin tumpuan anda kepada beberapa OS yang penting seperti windows, linux, mac. OS ini boleh secara umumnya ialah OS ynag mempunyai GUI - graphical user Interface (grafik antara muka) bermaksud anda dapat lihat folder,tarik folder dan letak dalam recycle bin berbanding text sahaja. OS tanpa GUI hanya mempunyai teks, tiada interface. Berbalik kepada soal windows, mac etc, mugkin anda bermnat ingin tahu apakah operating system selain windows, mac etc dan jenis-jenisnya

Jenis Operating Sytem dengan GUI

0 comments:

Post a Comment